Slim Diet II

TURUNKAN berat badan anda dengan cara yang mudah dan berkhasiat, TANPA perlu berlapar. Berat anda pasti TURUN, bergantung kepada berapa kg dan masa yang anda tentukan sendiri...

Thursday, January 14, 2010

Gunakan Ketones Strip Untuk Mengukur Kadar Pengambilan Karbo Anda

Salam Para Pembaca Sekalian...

Tahukan anda bahawa, setiap orang mempunyai kadar karbohidrat yang berbeza yang boleh di ambil seharian. Ada orang boleh ambil ambil makan berkarbo agak berlebihan manakala sebahagiannya, sebaliknya. Ini adalah disebab kadar metobalisma bagi setiap orang adalah berbeza. Jadi bagaimana nak mengukur karbo anda. Gunakan KETONES STRIP !!! untuk menguji Ketosis anda.



Apakah KETOSIS...Ketosis adalah proses pembakaran lemak secara semulajadi untuk menghasilkan tenaga.



Cara mengukur Ketosis anda sangat mudah.
1. Setiap selepas bangun pagi semasa anda hendak membuang air kecil, ambil satu keto strip dan letakkan di urine anda.
2. Bandingkan keto strip anda dengan 5 warna yang terdapat pada label botol.

Terdapat 5 warna yang bermaksud:
1. Putih (-) : Anda tidak berada dalam Ketosis dan masih mengambil terlalu banyak makanan berkarbo. Anda perlu ubah cara pemakanan anda.
2. Pink muda (+-5) : Anda berada dalam Ketosis tetapi masih belum mencapai tahap ideal.
3. Pink pekat (+10) : Anda berada dalam Ketosis dan trend pemakanan anda adalah bersesuaian.
4. Pink Keunguan (++50) : Anda berada Ketosis tetapi bacaan terlalu tinggi dan mungkin anda perlu tambahan penganbilan air minuman.
5. Ungu (+++100) : Terlalu tinggi. Anda perlu tambah pengambilan air dan anda perlu tambah makanan berkarbo anda

Ketones Strip ini boleh anda beli di pejabat NZ New Image pada harga RM27 atau RM20 (ahli). Ia juga boleh didapati di farmasi.

Selamat mencuba...

Sekian, wassalam

~sabrisudi

No comments:

Post a Comment